RAMUAN JUS LEGA
Khasiat Halia
1. Membantu untuk menghadamkan makanan.
2. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
3. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
4. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
5. Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
6. Mengurangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum.
7. Menghilangkan bau busuk mulut.
8. Boleh digunakan untuk merawat demam, demam malaria, resdung, sengal-sengal sendi, tenaga batin dan lain-lain.
Khasiat Lemon
1. Kandungan Vitamin C dalam lemon mampu untuk menghaluskan kulit sebab sifat asid dalam lemon boleh membunuh bakteria penyebab jerawat.
2. Lemon juga dapat mengubati selesema (flu). Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu meningkatkan daya tahan badan dan mencegah selesema dari merebak.
3. Lemon juga dapat mewangikan mulut berbau.
4. Mengubati sakit gigi.
5. Lemon juga boleh bertindak sebagai agen pengelupasan kulit mati.
6. Boleh digunakan untuk mencerahkan kulit@ ambil sepotong lemon lepas, sapu pada muka.
7. Lemon juga boleh menghilangkan kelemumur. Perah sebelah atau sebiji lemon. Ambil airnya dan gosok-gosok pada permukaan kulit kepala. Biarkan 5 minit. Selepas itu, bilas.
8. Boleh menghilangkan dahaga ketika haus.
9. Lemon juga boleh digunakan untuk memutih dan menguatkan kuku. Ambil perahan air lemon dan campurkan dengan air suam. Rendam kuku dalam air lemon tersebut selama lebih kurang 5 minit. Manakala kulit lemon yang bahagian dalam digosok-gosokkan pada kuku.
10. Lemon juga boleh melicinkan perjalanan sisa buangan dalam perut.
11. Dipercayai pengambilan sesudu jus lemon tulen sejam sebelum makan setiap hari dapat mengurangkan asma.
12. Lemon juga boleh memutihkan ketiak@ Perah sedikit lemon, campur dengan perahan air timun, sapu pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang 20 minit. Selepas itu, bilas.Lakukan 3/4 kali seminggu.
13. Berkumur dengan jus lemon dapat mengurangkan sakit tekak.
14. Lemon juga dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
15. Lemon juga dapat mengurangkan stres.
16. Semasa demam pun boleh ambil jus lemon kerana lemon dapat membantu badan berpeluh.
Khasiat Cuka Epal
1. Memecahkan lemak dalam badan.
2. Melancarkan laluan darah.
3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman.
4. Meningkat kecergasan dan kecerdasan otak.
5. Melawaskan usus kecil dan besar.
6. Bertindak sebagai: Anti alergi, Anti septik, Anti anemia dan Anti ulcer.
7. Menghilangkan masalah jerawat.
8. Menyahkan penyerapan dan pengumpulan lemak.
9. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu.
10. Menyingkir air yang berlebihan . (Pemparitan Limfatik)
11. Menguat dan melembabkan kulit dan menegangkannya.
12. Merawat selulit.
13. Membuang lemak yang berlebihan dibahagian yang tidak diperlukan seperti bonggolan-bonggolan.
14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
15. Menurunkan risiko masalah barah &jantung.
16. Mengandungi anti oksidan yg menjaga kesihatan jantung.
17. Meningkatkan kesihatan membran paru- paru.
18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang dgn. menambah bahan kimia iaitu boron pada mineral tulang.
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
20. Mengawal berat badan ke paras ideal.
21. Menghilangkan stres dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Khasiat Madu
1. Melawaskan membuang air besar.
2. Menambahkan kecerdasan otak kanak-kanak.
3. Mencerahkan mata, sapu @ lumurkan madu pada bahagian kening anda.
4. Memulihkan penyakit banyak kahak.
5. Mengubati penyakit dalam perut.
6. Menghilangkan kesan terkena api, air @ minyak panas.Sapukan saja pada anggota badan anda yang terlibat.
7. Membersih kotoran yang ada dalam usus kecil & besar.
8. Menghilang kesan pati candu rokok yang melekat pada paru- paru.
9. Mengurangkan serta menghilangkan ketagihan dadah.Amalkan meminum air bunga mawar panas yang dicampur dengan sedikit madu. Minumlah 2 kali sehari hingga anda benar-benar pulih.
10. Mengubati penyakit medu.
11. Memutih dan menguatkan gigi dengan menggunakannya sebagai ubat gigi.
12. Mampu mengubati sebarang jenis penyakit. Amalkan meminum air panas yang dicampurkan dengan 2 sudu besar madu setiap hari. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment