Ada bintil - bintil kuning di bawah mata? Itu bukan jerawat tapi bintil-bintil kuning ni tak hilang-hilang. Walau macam-macam cara buat tapi bintil-bintil kuning ni ada bawah kulit, bukan diluar macam jerawat. Rupanya inilah kolesterol jahat yang sudah mula memunculkan diri.
Mula-mula mesti ingat ini adalah jerawat atau jerawat nasi. Inilah Bintil Kolesterol.
Bintil Kolesterol bawah Mata
Ianya disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam darah kita. Sangat berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit lain jika kolesterol tinggi dalam darah.Secara umumnya orang yang mempunyai kolesterol tinggi tidak ada tanda-tanda khas atau merasa kesakitan. Hanya dengan ujian darah dapat menentu kadar bacaan kolesterol dalam darah.
Bagaimana Boleh Terjadinya Bintil Kolesterol
Bintil Kolesterol ini adalah benjolan di bawah kulit terutama biasanya sekitar mata .Bintil Kolesterol ini boleh berlaku dengan keadaan di mana seseorang itu selalu mengamalkan gaya hidup kurang sihat dan pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak tepu.
Banyak faktor yang menyumbang kepada kolesterol tinggi dalam darah seperti mengambil makanan yang tinggi kolesterol dan kurang bersenam atau mengeluarkan peluh. Dan juga sudah tentu mengambil makanan yang tinggi kolesterol dengan tidak terkawal.
Tips
- Kurangkan makanan berlemak dan tinggi kolesterol.
- Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,
- Ambil banyak makanan yang mengandungi kolesterol baik . Kolesterol jahat dikenali sebagai LDL dan kolesterol baik dikenali sebagai HDL. Makanan yang meningkatkan paras HDL adalah seperti gandum penuh. Kalau makan roti boleh bertukar kepada wholemeal bread berbanding dengan roti putih.
- Kurangkan mengambil makanan yang meningkatkan lagi paras kolesterol jahat seperti daging, marjerin , makanan berlemak / bersantan dan desert yang manis-manis.
- Ambil buah buahan segar dan juga sayur-sayuran yang mengandungi tinggi serat kerana ia juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Sebab kita perlukan fiber dari buah tu bukan air semata.
- Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang, avocado, minyak zaitun. Pengambilan yang teratur boleh membantu anda menurunkan paras kolesterol yang ada.
- Lebihkan hidangan ikan. Makan daging seminggu sekali dah cukup mencukupi , yang selebihnya ambil ikan. Ikan yang bagus adalah seperti ikan laut dalam macam sardin, macherel, salmon.
- Tambahkan bawang putih dalam hidangan anda. Bawang putih berfungsi sebagai agen anti radang yang mana kolesterol akan meningkat dengan adanya proses keradangan dalam badan.
No comments:
Post a Comment