JUS Pembersih Kolesterol

JUS Pembersih Kolesterol
Cegah Sebelum Terlambat

Friday, 11 September 2015

JUS LEGA - Kenali Penyakit Kardiovaskular







Fungsi Sistem Kardiovaskular
  •  Menghantar oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung. 

  • Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan 

  •  Mengangkut hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah. 

  • Membantu mengekalkan suhu dalam badan.

  • Penghalang  dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai. 




Penyakit kardiovaskular 


Penyakit yang disebabkan oleh gangguan aliran darah ke semua organ dalaman badan.Jika berlaku kerosakan terhadap jantung dan saluran darah,  tekanan darah akan meningkat dan penghantaran oksigen ke darah dan sel berkurangan. Ini akan mengakibatkan kita boleh menderita sakit jantung yang kronik, strok dan penyakit lain yang berkaitan.

Jantung merupakan organ yang paling penting kerana fungsi mengepam darah ke dalam paru-paru yang sudah dipertingkatkan dengan oksigen daripada pernafasan. Darah ini akan dihantar ke organ dan sel yang mana semua nutrien dan oksigen akan diserap.

Bacaan tekanan darah normal ialah 120/80, iaitu 120 bagi tekanan systolic dan 80 bagi tekanan diastolic. Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita tidak mempunyai tekanan darah normal disebabkan kandungan kolestrol di dalam badan yang tinggi, kesan daripada  pemakanan dan gaya hidup yang tidak aktif. Apabila kolestrol tinggi, arteri dan saluran darah mengecil kerana pengumpulan lemak dan kolestrol di dalam saluran arteri.Lama-kelamaan, tekanan darah semakin tinggi (hypertension) Jika keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan penyakit angina pectoris yang memberi rasa sakit disebabkan otot jantung kurang mendapat oksigen. Pengumpulan kolestrol dan lemak yang menebal dalam saluran darah atau jantung  akan menyebabkan saluran darah tersumbat sepenuhnya. Jika ini berlaku, kita akan menghadapi serangan sakit jantung dan ia boleh membawa maut.

No comments:

Post a Comment