JUS Pembersih Kolesterol

JUS Pembersih Kolesterol
Cegah Sebelum Terlambat

Tuesday, 8 March 2016

Belimbing buluh





PENGENALAN
Nama Botani : Averrhoa bilimbi
Nama Lain : Belimbing asam
Famili : Oxalidaceae
Asal : Malaysia dan Indonesia

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan  kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.
Secara amnya, daun pokok belimbing buluh ini mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.
khasiat belimbing buluh 


Khasiat Buah Belimbing Buluh


1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.

2. Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.


Sumber : http://www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-belimbing-buluh.html

Misai Kucing



Pengenalan

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat  seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid     glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang danmencuci darah dari toksid yang         berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk   menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah),  Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada   dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya. Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok    misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.

 KHASIAT

  • Merawat penyakit buah pinggan
  • Batu pundi kencing
  • Jangkitan saluran kencing
  • Hati dan masalah pundi kencing
  • Kencing manis
  • Sakit sendi
  • Batu karang
  • Gout
  • Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
  • Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
  • Nephritis
  • Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
  • Merawat lemah jantung + darah tinggi

CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING

  • Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Semasa pengambilan teh misai kucing, haruslah dijaga juga pemakanan seperti gula dan sebagainya. Tetapi tahukah korang bahawa TEH DAUN BELALAI GAJAH juga dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk Kanser?

  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  ATAU
  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan 
  • Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
  • Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.


  • Paling penting   sekali, herba ini menawarkan rawatan sokongan yang selamat dan berkesan bagi masalah berhubung penuaan yang paling sering berlaku, yakni sakit dan sengal sendi, hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi

Secara ringkasnya kepentingan daun misai kucing adalah seperti berikut:



  • Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
  • Digunakan untuk merawat areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
  • Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
  • Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing) 
           Sumber : http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-misai-kucing.html